Friday 9 December 2011

Makanan Pelbagai Bangsa2

Kaum Cina



Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".





Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat.



Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.

No comments:

Post a Comment